UNESCO World Heritage Site Jelajah Mulu 3: Terapi Alam Era Milenium
Dunia moden era milenium berteraskan kepantasan aplikasi digital, namun dipenuhi dengan pelbagai tekanan yang berpotensi menjadikan manusia semakin jauh daripada alam nyata. Jelajah Mulu 3: terapi alam era milenium mengajak pembaca kembali mendekati alam semula jadi sebagai sumber kesihatan, ketenangan dan keseimbangan hidup. Berinspirasikan keunikan dan keindahan alam Mulu, ebook ini menghimpunkan pemahaman mudah tentang bagaimana hutan hujan tropika yang mengandungi hutan, udara, air dan cahaya menjadi terapi semula jadi untuk tubuh, minda dan jiwa. Praktis terapi alam dijalankan melalui pelbagai aktiviti di sekitar kawasan utama Taman Mulu. Ebook ini sesuai untuk semua yang mencari kehidupan lebih sihat, tenang dan seimbang melalui pendekatan terapi alam semula jadi.
Currently No Review